KEJOHANAN TEN PIN BOWLING PEGAWAI AWAM (PACSU) KUALA LUMPUR, PIALA PENGERUSI PACSU KUALA LUMPUR

28 Februari 2025 Jumaat, Jam 3.00 petang, Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia (Police Administrative and Civilian Staff Union) PACSU Cawangan Kuala Lumpur, telah mengadakan Kejohanan Ten Pin Bowling Pegawai Awam (PACSU) Kuala Lumpur, Piala Pengerusi PACSU Kuala Lumpur, di Ampang SuperBowl, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Kejohanan telah dirasmikan oleh Presiden PACSU Semenanjung Malaysia, Merangkap Setiausaha Kewangan CUEPACS Malaysia, Sdr. Anuar bin Mamat dengan diiringi oleh Pengerusi PACSU Cawangan Kuala Lumpur Sdr. Muhamad Fadli bin Sabtu, turut hadir bersama Sdr Presiden iaitu Timbalan Presiden PACSU Sdr. Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Naib Presiden PACSU merangkap Timbalan Setiausaha Agung I CUEPACS Malaysia Sdr Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU, Sdr. Mohd Azli bin Suhaimi dan Timbalan Setiausa Agung PACSU, Sdr Rohaizad bin Khalil. Kehadiran kesemua Pegawai Kanan adalah untuk memberi sokongan kepada barisan AJK dan ahli, dengan itu juga ahli dapat mengenali barisan pucuk pimpinan PACSU Malaysia.

Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk mencari wakil-wakil pegawai awam PACSU Kontinjen Polis Kuala Lumpur ke Piala Presiden PACSU Malaysia yang bakal diadakan nanti. Selain itu kejohanan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama pegawai awam. Kejohanan ini disertai oleh wakil-wakil setiap Jabatan dan IPD Kontinjen Kuala Lumpur. Seramai 72 pegawai awam terlibat di dalam pertandingan ini.

Tahniah kepada jabatan dan daerah yang telah memenangi Piala Pengerusi PACSU Kuala Lumpur dan kepada yang tidak berjaya, boleh terus mencuba pada masa akan datang. PACSU KL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kerana sudi mejayakan pertandingan ini.

Terima kasih.

,