29 Julai 2024 – Retreat Kepimpinan PACSU 2024 bertarikh 29/7/2024- 2/8/2024 yang diadakan di Pulau Redang, Terengganu merupakan satu usaha & inisiatif PACSU Malaysia dalam membimbing serta mendidik barisan kepimpinan PACSU cawangan untuk lebih memahami peranan PACSU dalam jabatan PDRM.
Kursus kesatuan ini turut dihadiri oleh rakan strategiknya iaiti YAPEIM serta pengetahuan yang diberikan tentang peranan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEAKS) memberikan pendedahan baru kepada barisan kepimpinan dimana PACSU adalah sebuah kesatuan yang berpelembagaan & memberi impak yang besar dalam jabatan PDRM.