PERHIMPUNAN SEMPENA HARI PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN

1 Mei 2024 – Bertempat di PICC, Putrajaya, Pengerusi PACSU Selangor, En Affendi Bin Kamarudin telah menghadiri Perhimpunan Sempena Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Yang Amat Behormat, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Turut hadir bersama Presiden PACSU Malaysia, En Anuar Bin Mamat, barisan-barisan kepimpinan PACSU Malaysia, Exco Bukit Aman, Sdri Farah Binti Shahibi dan Setiausaha PACSU Bukit Aman En Fahlawi, Exco Kelantan, Puan Huslinawati, Exco Perak, En Zameer, Exco Terengganu, En Sufian, Exco Negeri Sembilan, Puan Marinee dan ahli-ahli PACSU, Exco Kuala Lumpur En. Ridwan.

Alhamdulillah, pengumuman 15% kenaikan gaji penjawat awam bermula Disember 2024 sedikit sebanyak memberi kelegaan buat semua penjawat awam serta perjuangan CUEPACS & gabungan kesatuan sekerja PACSU khususnya seolah-olah terbayar akhirnya. Terima kasih kerajaan Malaysia.

IMG-20250205-WA0014 IMG-20250205-WA0015 IMG-20250205-WA0016

,