27 Mac 2024 – Bertempat di Group Think Room, Tingkat 1, IPK Selangor, Pengerusi PACSU Selangor, En Affendi Bin Kamarudin telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan AGM PACSU Selangor yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2024.
Perbincangan turut menyentuh aspek kebajikan ahli, info-info terkini berkenaan dengan Sistem Saraan Baru yang akan diumumkan oleh Kerajaan dalam masa terdekat.
Semoga segala urusan PACSU Selangor dipermudahkan dan segala perbincangan membuahkan hasil demi ahli-ahli PACSU di seluruh Selangor.