1 Feb 2024 – bertempat di Pusat Konvensyen MBSA Shah Alam, Setiausaha PACSU Selangor, Puan Juliana Binti Mat Lazim telah menghadiri Sesi Taklimat Permohonan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2024.
Turut hadir bersama, Setiausaha Agung PACSU Malaysia, En Azli Bin Suhaimi, Setiausaha PACSU Bukit Aman, En Fahlawi bersama Pegawai-pegawai JHEAKS & Cuepacs Negeri Selangor.
Semoga PACSU Selangor dapat merencanakan sesuatu program-program berbentuk seminar & kursus untuk ahli-ahli PACSU Selangor pada tahun ini bagi mengukuhkan serta memantapkan perkhidmatan ahli-ahli PACSU Selangor.