BUKIT AMAN, 10 OKTOBER 2024 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PACSU Cawangan Bukit Aman Bil.3 (Sesi 2024 – 2027) telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Pejabat PACSU Cawangan Bukit Aman, Tingkat 1, Menara 2 Bukit Aman.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada persiapan pelbagai aktiviti yang dirancang, termasuk Fun Zumba sempena Hari Sukan Negara, Kempen Kesedaran Kanser Payudara, dan Taklimat Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Setiap agenda dibincangkan secara terperinci untuk memastikan pelaksanaan yang lancar dan bermanfaat kepada semua ahli PACSU.
#PACSUBukitAman #MesyuaratAJK