BUKIT AMAN, 10 DISEMBER 2024 – Sesi audit kewangan PACSU Cawangan Bukit Aman telah diadakan di Pejabat PACSU Bukit Aman. Proses audit ini dikendalikan oleh juruaudit dalaman PACSU Bukit Aman, Saudara Mohd Khairul Kamil bin Mohd Noh dan Saudari Siti Khatijah binti Rajemi.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari PACSU Cawangan Bukit Aman, yang bersama-sama memberi kerjasama penuh sepanjang proses audit berlangsung.
Dalam sesi ini, beberapa teguran kecil dan cadangan penambahbaikan telah dikemukakan oleh juruaudit untuk memperkukuhkan lagi pengurusan laporan kewangan kesatuan.
Alhamdulillah, sesi audit ini telah berjaya diselesaikan dengan lancar, mencerminkan komitmen PACSU Bukit Aman dalam memastikan tadbir urus kewangan yang telus dan berintegriti.
#PACSUBukitAman #AuditKewangan #IntegritiPACSU