LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN, SAUDARI NURUL HUSNA BINTI RAMELI, JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK

470022580_570995105683560_3787163753198088568_n

KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2024 – Pengerusi bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) PACSU Cawangan Bukit Aman telah melaksanakan lawatan kebajikan ke atas Saudari Nurul Husna binti Rameli, ahli PACSU dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, yang kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat serangan minor strok.

Dalam lawatan tersebut, Pengerusi PACSU Bukit Aman telah menyerahkan sumbangan kepada keluarga Puan Nurul Husna sebagai tanda keprihatinan dan usaha membantu meringankan beban mereka.

Seluruh warga PACSU Bukit Aman turut mendoakan agar Saudari Nurul Husna segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

#PACSUBukitAman #PrihatinBersama

469782863_570995225683548_4328933876724938741_n 469925270_570995712350166_6926277284401019203_n 469956056_570995749016829_4821009530605833074_n

,