BUKIT AMAN, 24 OKTEBER 2024 – PACSU Cawangan Bukit Aman dengan kolaborasi bersama Hospital KPJ Sentosa Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Kesederaan Kanser Payudara bertempat di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.
Program yang turut dihadiri oleh Presiden PACSU Malaysia dan CEO Hospital KPJ Sentosa diadakan sempena bulan kesedaraan kanser payudara. Perkongsian daripada doktor pakar kanser payudara Hospital KPJ Sentosa dan seorang bekas pesakit kanser payudara ini berjaya menarik minat lebih dari 100 orang ahli PACSU Bukit Aman untuk hadir ke program ini.
Selain sesi perkongsian doktor pakar dan bekas pesakit, turut diadakan juga sesi pemeriksaan kesihatan seperti pemerikasan tahap gula dan kolestrol dalam darah, pemeriksaan indeks jisim badan, pemeriksaan fisioterapi dan pemeriksaan awal kanser payudara.
Bagi pihak Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Bukit Aman, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program ini.