Alor Setar, 10 Oktober 2024 – Satu lawatan kebajikan telah diadakan kepada saudara PF/ 21240 Abdul Moqti Bin Abdullah dari Cawangan BIPS IPD Kota Setar. Beliau telah dimasukan wad pada 9/10/2024 jam 11 malam dan telah ditempatkan di Wad 4C Katil 38 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
PACSU Cawangan Kedah sempat menziarahi ahli yang telah diketuai oleh Biro Kebajikan Saudari Nur Farazieha binti Mat Radzi, Biro Multimedia Saudara Mohammad Zafir bin Mohd Fuad, Biro Latihan & Sukan Saudara Mohd Khir bin Ahmad, serta Pegawai Perhubungan Daerah Saudari Raeza binti Abu Bakar. Sedikit sumbangan buah tangan daripada PACSU Cawangan Kedah telah disampaikan serta pemakluman berkaitan kelayakkan tuntutan masud wad daripada PACSU Pusat.