LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PACSU JSJK, IPK KEDAH

Isnin, 21 Oktober 2024 – Satu lawatan kebajikan telah diadakan kepada Saudari PF/19494 Shahrul Farizan binti Ibrahim yang bertugas di JSJK, IPK Kedah. Beliau telah dimasukan wad pada 20/10/2024 dan telah ditempatkan di wad 605-1 di Kedah Medical Center, Alor Setar, Kedah disebabkan apendiks.

PACSU Cawangan Kedah sempat menziarahi ahli yang telah diketuai oleh Saudari Nur Farazieha binti Mat Radzi (Biro Kebajikan), Saudara Khairul Asmawie bin Abu Bakar (S/U PACSU) dan Saudari Yunaiza binti Yunsi (Pen. S/U PACSU Kedah). Sedikit sumbangan buah tangan daripada PACSU Cawangan Kedah telah disampaikan serta pemakluman berkaitan kelayakkan tuntutan masud wad daripada PACSU Pusat.

,