Selasa, 26 November 2024 – Satu lawatan kebajikan telah diadakan kepada Saudara Muhammad Aizat bin Zainal Abidin yang bertugas di JSPT, IPK Kedah. Beliau telah dimasukan wad pada 23/11/2024 dan telah ditempatkan di wad 3C di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah disebabkan apendiks.
PACSU Cawangan Kedah sempat menziarahi ahli yang telah diketuai oleh Saudari Nur Farazieha binti Mat Radzi (Biro Kebajikan), Saudara Khairul Asmawie bin Abu Bakar (S/U PACSU) dan Saudari Yunaiza binti Yunsi (Pen. S/U PACSU Kedah). Sedikit sumbangan buah tangan daripada PACSU Cawangan Kedah telah disampaikan serta pemakluman berkaitan kelayakkan tuntutan masud wad daripada PACSU Pusat.