LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PACSU IPD KUALA MUDA

Sik, 11 Disember 2024 – Saudari Norli bt Md Nor dan Saudari Siti Syarliza binti Md Jiwa dari Biro Korporat & Sosial telah membuat satu lawatan kebajikan kepada ahli IPD Kuala Muda Saudara Shah Rizal bin Kamarudin yang bertugas di Balai Polis Tg. Dawai yang telah dimasukkan ke Hospital Sik, Kedah pada 8 Disember 2024 kerana rawatan bengkak dan jangkitan kuman di kaki kiri.

Sumbangan daripada Tabung Kebajikan PACSU Kedah telah disampaikan dan juga penerangan berkaitan tuntutan masuk wad dari PACSU Pusat.

Semoga beliau cepat sembuh dan dalam lindunganNya serta di permudahkan segala urusannya.

,