Seluruh Pegawai Awam PDRM merakamkan jutaan terima kasih kepada kepada YAB Perdana Menteri, CUEPACS dan PACSU atas keprihatinan dan kejayaan dalam perlaksanaan pelarasan gaji SSPA yang akan dinikmati oleh seluruh Penjawat Awam pada 19 Disember 2024.
Kerajaan MADANI mula melaksanakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dalam pelarasan gaji baharu yang mengiktiraf Pegawai Awam sebagai tonggak terpenting Negara.
Diharapkan agar pelarasan gaji ini dapat memberikan suntikan semangat dan rangsangan baharu kepada seluruh Penjawat Awam khususnya Pegawai Awam PDRM untuk terus berdaya saing dan 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗥𝗢𝗗𝗨𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 demi menyumbang kepada kesejahteraan dan kemampanan Negara.