Bukit Beruang, Melaka, 12 Disember 2024 – Sumbangan kebajikan kepada ibu ahli PACSU Melaka, Sdri Zaleha Binti Zainal yang bertugas di Jabatan Pengurusan, IPK Melaka telah diserahkan oleh Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi).
Ibu beliau mengalami dialisis dan telah dirawat di hospital. Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan buat ibu beliau dan berdoa diberi kesihatan yang baik.