MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN MELAKA

MELAKA, 12 Disember 2024– Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Melaka telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan, IPK Melaka. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi selaku Pengerusi Caw. Melaka dan turut dihadiri oleh semua jawatankuasa bagi mewakili jabatan dan daerah. 

Mesyuarat tersebut telah bermula jam 0900hrs bertujuan bagi pembentangan pelaporan kewangan dan aktiviti sepanjang tahun 2024. Turut dibentangkan perancangan takwim 2025 serta hal hal berkaitan kebajikan.

Pengerusi juga menasihati semua ahlijawatankuasa untuk bersama-sama berganding bahu dengan memberi komitmen yang sepenuhnya agar setiap program yang diadakan berjalan dengan sempurna dan jayanya.

Pengerusi menekankan konsep 3K iaitu kebajikan, komitmen dan kesatuan untuk dilaksanakan oleh semua jawatankuasa bagi memberi impak yang positif kepada ahli.

Mesyuarat ditangguhkan jam 1030hrs.

IMG-20241212-WA0068 IMG-20241212-WA0067 IMG-20241212-WA0065 IMG-20241212-WA0057 IMG-20241212-WA0055 IMG-20241212-WA0047 IMG-20241212-WA0044 IMG-20241212-WA0040 IMG-20241212-WA0050 IMG-20241212-WA0053

,