LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN (Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Mohd Fadzil bin Salmi)

 

461975596_10232634047984834_9037626409203758317_n

30 SEPTEMBER 2024, BUKIT AMAN – Presiden PACSU Malaysia, Saudara Anuar Bin Mamat bersama-sama Pegawai Kanan PACSU Malaysia yang lain, Pegawai PACSU Cawangan, AJK PACSU Cawangan Bukit Aman, serta ahli PACSU Bukit Aman telah hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohd Fadzil bin Salmi, 48 tahun, yang telah meninggal dunia ketika menjalani rawatan penyakit buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham bertugas di Pusat Pendaftaran Penjenayah Malaysia dan Singapura, Bahagian D2, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebagai Pemeriksa Cap Jari (PCJ). Beliau merupakan antara pegawai awam PDRM yang berkhidmat dalam penyediaan kertas kerja penambahbaikan skim perkhidmatan PCJ, yang telah dibawa oleh PACSU ke peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Jenazah Allahyarham telah disempurnakan di Masjid Bukit Aman, termasuk dimandikan, dikafankan, dan disembahyangkan, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana untuk dikebumikan.

PACSU Cawangan Bukit Aman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga segala amalan dan jasa bakti beliau mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah S.W.T.

#PACSUBukitAman #Takziah #AlFatihah

461964181_10232634047544823_1689029826564583778_n 462003102_10232634044944758_5941316636823148259_n 461949041_10232634046544798_1226286568972446102_n 461941779_10232634047704827_9061729574524045311_n 461932353_10232634046824805_214300560040994618_n 461941285_10232634049024860_2839412855788475809_n 461927576_10232634048464846_8241273735505379327_n

,