PACSU CAWANGAN PERAK MENGHADIRI MAJLIS PERJUMPAAN KETUA POLIS PERAK BERSAMA WARGA KERJA PDRM PERAK

Ipoh, 07 November 2024 – Bertempat di Galasa Caldwell, Ipoh YDH CP Dato’ Pahlawan Haji Azizi bin Haji Mat Aris, Ketua Polis Perak telah meluangkan masa hadir ke Majlis Perjumpaan Ketua Polis Perak Bersama Warga Kerja PDRM Perak sempena persaraan beliau.

YDH DCP Zulkafli bin Sariaat, Timbalan Ketua Polis Perak selaku pengerusi jawatankuasa penganjur dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan YDH CP Dato’ Pahlawan Haji Azizi bin Haji Mat Aris sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak serta pasukan Polis Diraja Malaysia.

Majlis ini diadakan sebagai wadah untuk Ketua Polis Perak bertemu dengan warga kerja PDRM Perak dan menyampaikan amanat beliau sebelum menjalani persaraan.

Ketua Polis Perak dalam ucapannya pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga PDRM Perak yang hadir ke majlis ini. Beliau juga turut berkongsi pengalaman, menyampaikan amanat dan nasihat kepada semua warga PDRM Perak agar menjadi panduan bagi mengharungi cabaran kerjaya dalam PDRM.

Turut hadir pada majlis tersebut, YBhg. Datin Hajah Wanita binti Wari, Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak, Ketua-ketua Jabatan PDRM Perak, Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Perak, Ketua-ketua Formasi, ahli-ahli keluarga Ketua Polis Perak, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai-pegawai Rendah Polis dan Pegawai-pegawai Awam PDRM Perak.

,