Bukit Beruang, Melaka, 13 November 2024 – Sumbangan ke atas ahli PACSU Melaka Saudara Mohd Haris Bin Mohamad Zahidi bertugas di Bahagian Pengurusan, IPD Alor Gajah telah diserahkan oleh Sdri Haslinda Binti Yusman (Bendahari).
Beliau telah masuk ke Hospital Serdang, Selangor bagi menjalani pembedahan AF CRYOABLATION (Buang lemak dalam jantung) pada 16/10/2024 yang lalu.
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas beliau, semoga sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.