Bukit Beruang, Melaka, 14 November 2024 – Sumbangan ke atas ahli PACSU Melaka Saudari Suhaizayati binti Tayib yang bertugas di Bahagian Pengurusan Fasiliti, IPK Melaka telah diserahkan oleh Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari).
Beliau telah masuk ke Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang kerana menjalani pembedahan Histerektomi.
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas Saudari Suhaizayati, semoga sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.