SESI LIBAT URUS PEKELILING SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PEGAWAI AWAM IPK MELAKA

Ayer Keroh, 25 Oktober 2024 (Jumaat) – Satu program Sesi Libat Urus Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bersama Pegawai Awam IPK Melaka telah diadakan. Ini merupakan satu tindakan baik yang telah diambil oleh Barisan AJK PACSU Cawangan Melaka untuk mengadakan taklimat SSPA ini. Taklimat dan sesi soal jawab telah diberikan oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia merangkap Setiausaha Kewangan CUEPACS Malaysia dan Presiden GAPETA. 

Taklimat telah dihadiri seramai 70 orang pegawai awam yang berkhidmat di IPK Melaka, IPD Melaka Tengah, IPD Alor Gajah dan IPD Jasin. Turut hadir Saudara Rohaizad bin Khalil (Timbalan Setiusaha Agung PACSU Malaysia), Saudara Syed Ahmad bin Syed Shahardin (Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia), Saudara Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Saudari Fariyantyyi binti Abharim (Setiausaha), Saudari Haslinda binti Yusman (Bendahari) dan Barisan AJK PACSU Cawangan Melaka.

Banyak persoalan yang telah dijawab oleh Saudara Anuar bin Mamat berkaitan dengan SSPA ini. Diantara persoalan yang ditanya adalah Cuti tanpa rekod 20 hari, kenaikan pangkat secara TBK, Pencen, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan lain-lain lagi. Semoga penerangan yang diberikan telah menjawab persoalan yang diberikan.

IMG-20241025-WA0115 IMG-20241025-WA0091 IMG-20241025-WA0084 IMG-20241025-WA0085 IMG-20241025-WA0083 IMG-20241025-WA0082 IMG-20241025-WA0068 IMG-20241025-WA0064 IMG-20241025-WA0042 IMG-20241025-WA0047 IMG-20241025-WA0046 IMG-20241025-WA0033 IMG-20241025-WA0119 IMG-20241025-WA0128

,