BUKIT AMAN, 20 SEPTEMBER 2024 – PACSU Cawangan Bukit Aman telah memulakan sesi latihan intensif bagi persiapan persembahan sempena Majlis Makan Malam Persidangan Perwakilan Tri Tahunan PACSU Ke-39 Sesi 2024-2027.
Latihan ini dijadualkan berlangsung selama empat hari, dari 17 hingga 20 September 2024, bertempat di Pejabat PACSU Cawangan Bukit Aman, bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari.
Latihan ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa (AJK) yang terlibat dalam persembahan semasa majlis makan malam tersebut. Ia bertujuan memastikan kesempurnaan ketika persembahan.
Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman, Saudari Farah binti Shahibi, menekankan pentingnya disiplin dan komitmen penuh dari semua AJK dalam memastikan persembahan berjalan lancar. “Latihan ini bukan sahaja mengenai persediaan persembahan, tetapi juga tentang memperkukuhkan semangat kerjasama antara ahli,” katanya.
Setakat ini, latihan berjalan lancar dengan semua peserta memberikan kerjasama yang baik. Latihan dijangka selesai tepat pada masanya bagi membolehkan persiapan terakhir dilakukan sebelum majlis makan malam tersebut.