IPOH, 03 Oktober 2024 – Bertempat di foyer Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah diadakan mesyuarat ahli jawatankuasa peringkat cawangan bilangan 6 bagi bulan Oktober 2024.
Mesyuarat kali ini membincangkan perancangan-perancangan yang akan di susun atur pada tahun ini. Mesyuarat diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu Sdr. Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri serta turut dihadiri oleh barisan ahli-ahli jawatankuasa Pacsu Cawangan Perak.