AHLI PACSU MELAKA MEWAKILI PDRM MELAKA DI KEJOHANAN LAWN BOWLS OPEN TRIPLES MELAKA 2024

Krubong, 29 September 2024 – Bertempat di Kompleks Sukan Lawn Bowls Krubong, Melaka telah diadakan Kejohanan Lawn Bowls Open Triples Melaka 2024 yang berlangsung pada 28-29 September 2024.

PDRM Melaka telah menghantar sebanyak 3 pasukan iaitu PDRM A, PDRM B dan PDRM C. Seramai 5 orang peserta mewakili Pasukan Lawn Bowls PDRM Melaka terdiri daripada ahlijawatankuasa dan Ahli PACSU Melaka iaitu Sdra Mohd Faiz Bin Mohd Zin (AJK) Sdra Syah Rizal Bin Muhamad Noh (Perwakilan), dah 3 Ahli PACSU Sdra Mohd Fadli Shah Bin Abu Bakar, Ustaz Mohammad Raimi Bin Zainal (AJK) dan Sdra Hanafiah Bin Abd Manaf.

Pada Kejohanan ini Pasukan PDRM A telah berjaya menjadi Naib Johan, manakala pasukan PDRM B di kedudukan tempat ke-6.

PACSU Cawangan Melaka dengan ini mengucapkan tahniah kepada para pemenang terutama wakil peserta dari PACSU Caw. Melaka yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kejohanan tersebut.

IMG-20240930-WA0041 IMG-20240930-WA0040 IMG-20240930-WA0039 IMG-20240930-WA0042

,