PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA AHLI PACSU MELAKA TERJEJAS BANJIR

Melaka, 23 September 2024 – Penyampaian sumbangan kepada ahli-ahli PACSU Cawangan Melaka yang terjejas dengan banjir baru-baru ini telah diadakan di Bilik PACSU, IPK Melaka.

Sumbangan telah diserahkan oleh Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi). Turut hadir Sdri Fariyantiyy Binti Abharim (Setiausaha) dan Haslinda Binti Yusman (Bendahari).

Sumbangan tersebut merupakan sumbangan yang telah di mohon oleh PACSU Cawangan Melaka dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM).

Sehubungan dengan itu, pihak YAPEIM bersetuju menghulurkan sumbangan sebanyak rm200 kepada 3 orang ahli yang terlibat.

Ahli tersebut ialah Sdri Zaleha Binti Zainal (Pengurusan, IPK Melaka), Sdri Nik Asmah Bin Nik Ibrahim (Bp Lubok China), dan Sdra Khairi Bin Thani (BP Alor Gajah) yang tidak dapat hadir dan menghantar wakil menerima.

Semoga dengan sedikit sebanyak bantuan ini dapat meringankan beban ahli-ahli tersebut.

IMG-20240923-WA0014 IMG-20240923-WA0010 IMG-20240923-WA0011 IMG-20240923-WA0009

,