KHUTBAH JUMAAT OLEH PENGERUSI PACSU CAWANGAN MELAKA

Melaka, 7 September 2024 – Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi, Pen. Peg Hal Ehwal Agama Islam, IPK Melaka merangkap Pengerusi PACSU Cawangan Melaka dengan tajuk ”Negaraku, Tanah Airku”.

Turut hadir YDH SAC Datuk Md Nazri Bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka serta ahli keluarga yang tinggal di Berek Polis Temenggong.

Inti pati khutbah pada hari ini adalah berkisarkan tentang perkara seperti berikut :

1. Umat Islam harus sedar bahawa Allah Maha Berkuasa mengurniakan, mengekalkan atau menarik balik nikmat keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sesebuah negara

2 Umat Islam harus berganding bahu dalam usaha membangunkan negara, menjaga perpaduan dan mengelakkan perpecahan

3.Menerapkan dalam diri Jiwa Merdeka yang merupakan tema Hari Malaysia pada tahun ini sebagai semangat patriotisme dan cintakan negara

Semoga apa yang telah disampaikan oleh akan dapat dijadikan panduan dan meningkatkan ilmu pengetahuan semua.

IMG-20240921-WA0050 IMG-20240921-WA0049 IMG-20240921-WA0047 IMG-20240921-WA0036 IMG-20240921-WA0033

,