BIRO WANITA PACSU CAWANGAN MELAKA HADIRI PROGRAM TAFAQQUH MUNAKAHAT

Melaka, 22 Ogos 2024 – Wali Pernikahan – Memerlukan Kebenaran Mahkamah adalah tajuk program yang dianjuran oleh Pejabat Agama Daerah Jasin Melaka Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah diadakan di Aras 1, Masjid Al Ghaffar, Jasin, Melaka.

PACSU Cawangan Melaka telah menghantar dua orang peserta iaitu Sdri Jarinah binti Jailani (AJK) dan Salamah binti Yusop (Ahli) bersama-sama hampir 50 peserta lain daripada pelbagai jabatan.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Pengarah JAIM. Manakala penceramah jemputan ialah YA Pn Aisah binti Salleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin.

Pengisian yang di sampaikan ialah:-
1. Pemohon tiada wali nasab;
2. Wali tidak mempunyai syarat wali dan wali yang berikut tiada;
3. Wali enggan;
4. Wali ghaib dan tidak dapat dihubungi;
5. Wali sengaja menangguhkan akad nikah tiada sebab;
6. Anak tidak sah taraf;
7. Saudara muslim yang tiada wali;
8. Wali akrab yang berkahwin dengan pemohon dan tiada wali setaraf;
9. Wali yang mengerjakan umrah atau haji; dan
10. Saudara muslim yang bercerai secara sivil.

Semua peserta diberikan sijil penyertaan dan nota kursus sebagai rujukan.

Semoga program ilmu seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih meluas demi manjaga keturunan dan nasab.

IMG-20240908-WA0022 IMG-20240908-WA0021 IMG-20240908-WA0020 IMG-20240908-WA0019

#𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞

,