KHUTBAH JUMAAT OLEH PENGERUSI PACSU MELAKA

MELAKA, 7 September 2024 – Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi, Pen. Peg Hal Ehwal Agama Islam, IPK Melaka merangkap Pengerusi PACSU Cawangan Melaka dengan tajuk ”Antara Sabar dan Mengeluh”.

Jemaah terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka serta ahli keluarga yang tinggal di Berek Polis Temenggong.

Inti pati khutbah pada hari ini adalah berkisarkan tentang perkara seperti berikut :

1. *Seseorang mukmin dianggap betul-betul beriman apabila telah diuji dengan ujian dan berjaya melalui dengan sabar*

2 *Ujian adalah ketentuan hidup sebagaimana ketentuan yang ditetapkan oleh Allah dan bukan dengan kehendak sendiri*

3.*Perbuatan mengeluh, merungut atau menyalahkan takdir adalah perbuatan tercela dan terlarang*

Semoga apa yang telah disampaikan oleh akan dapat dijadikan panduan dan meningkatkan ilmu pengetahuan semua.

IMG-20240906-WA0044 IMG-20240906-WA0043 IMG-20240906-WA0042 IMG-20240906-WA0041 IMG-20240906-WA0040

,