BIRO WANITA PACSU CAWANGAN MELAKA HADIRI KEMPEN SEMAIAN KASIH – PROGRAM SENI JAHITAN KREATIF MALAYSIA

Melaka, 14 Ogos 2024 – Bengkel Sulaman dan Eco Printing Beg Jute. Anjuran PUSPANITA Negeri Melaka telah diadakan di Pusat Latihan Kraftangan Epal Melaka, Taman Lagenda, Melaka dan di bantu oleh tenaga pengajar dikenali sebagai Cikgu Zue.

PACSU Cawangan Melaka menerima baik jemputan dan menghantar dua orang peserta iaitu Sdri Dzarith binti Amdan (AJK) dan Nurafizah binti Mukhtar (Ahli) bagi menimba ilmu baru di bengkel tersebut.

Pihak penganjur berbesar hati “sponsor” RM10 daripada bayaran penuh sebanyak RM25 setiap seorang bagi menghargai kehadiran. Seramai 28 orang peserta daripada pelbagai jabatan yang terlibat.

Bagi menyempurnakan proses “pounding” peserta dikehendaki membawa bersama daun & bunga segar, tukul getah, kain lap dan alatulis. Beg jute hasil kerja tangan peserta dibawa balik sebagai cenderahati kenang-kenangan.

Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada golongan wanita tentang kepelbagaian seni kraftangan yang mana ia boleh dijadikan sebagai hobi atau sumber pendapatan. Moga program seumpamanya ini dapat diadakan lagi dari masa ke semasa bagi membentuk wanita kreatif.

IMG-20240908-WA0016 IMG-20240908-WA0015 IMG-20240908-WA0014 IMG_202409252_204102481 IMG-20240908-WA0010

,