PENYERTAAN PACSU CAWANGAN PAHANG DI RETREAT KEPIMPINAN PACSU 2024

29 Julai 2024 – Telah berlangsungnya Retreat Kepimpinan PACSU 2024 yang dianjurkan oleh Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Awam Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) di Laksa Inn Homestay dan Delima Redang Resort, Pulau Redang, Terengganu mulai 29 Julai 2024 hingga 1 Ogos 2024.  PACSU Cawangan Pahang telah menghantar 4 peserta bagi menghadiri Retreat  kali ini.

Retreat ini diadakan bertujuan sebagai salah satu platfom untuk memberi pendedahan dari segi aspek kepimpinan kepada pengerusi, setiausaha dan bendahari serta ahli jawatankuasa  (AJK ) / ahli selepas selesainya Mesyuarat Agung di cawangan negeri masing-masing.

Selain itu, Retreat ini juga dapat memberi pendedahan, memberi gambaran dan  mempersiapkan para peserta terutamanya kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik khususnya dalam komuniti PACSU Cawangan Pahang untuk menghadapi Persidangan Pewakilan PACSU yang akan diadakan tidak lama lagi.

#bersatumembantubersamapacsu

1 2 3 4 5 6 7 8 9

,