MESYUARAT PERTAMA AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN PULAPOL KUALA LUMPUR BIL. 01/2024

Pada 25 Julai 2024 (Khamis) : telah diadakan satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan PULAPOL Kuala Lumpur Bil. 01/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Kelab Pegawai Awam PULAPOL Kuala Lumpur pada jam 0930hrs yang telah dipengerusikan oleh Sdra. Syaiful Hazrill Bin Halim, Pengerusi PACSU Cawangan PULAPOL Kuala Lumpur yang baru mengambil alih kepimpinan bagi penggal 2024 – 2027. Mesyuarat ini telah diadakan buat julung kalinya setelah selesai pemilihan ahli jawatankuasa (AJK) yang baharu dilantik bagi penggal 2024 – 2027.

Agenda mesyuarat membincangkan mengenai serah terima tugas bagi jawatan bendahari, isu-isu semasa, pelantikan AJK mengikut biro-biro berkaitan dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dalam tempoh setahun. Antara aktiviti penting yang dirancang adalah akan melakukan Kunjungan Hormat ke atas Ketua-Ketua Jabatan bagi semua formasi yang berada dibawah gabungan PACSU Cawangan PULAPOL KL. Biro Sukan dan Sosial juga akan merancang aktiviti-aktiviti seperti mengadakan pertandingan indoor game, hiking dan explore race untuk semua ahli PACSU.

Meyuarat AJK yang telah dihadiri oleh seramai 10 orang AJK ditangguhkan pada jam 1205 hrs.

pulapol4 pulapol3 pulapol2 pulapol

,