KHUTBAH JUMAAT OLEH PENGERUSI PACSU MELAKA

MELAKA, 09 Ogos 2024 – Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi selaku Pegawai Hal Ehwal Agama Islam IPK Melaka merangkap Pengerusi PACSU Cawangan Melaka dengan tajuk ”Kelebihan Solat Berjemaah”.

Jemaah terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka serta ahli keluarga yang tinggal di Berek Polis Temenggung.

Inti pati khutbah pada hari ini adalah berkisarkan tentang perkara seperti berikut :

1. Umat islam dituntut untuk solat fardhu secara berjemaah kerana ianya disarankan oleh agama

2 Kelebihan solat berjemaah adalah 27 pahala berbanding 1 dari solat sendirian

3.Solat berjemaah boleh dilakukan di rumah bersama ahli keluarga iaitu isteri dan anak-anak

Semoga apa yang telah disampaikan akan dapat dijadikan panduan dan meningkatkan ilmu pengetahuan semua.

IMG-20240809-WA0050IMG-20240809-WA0056IMG-20240809-WA0057IMG-20240809-WA0054

,