PERHIMPUNAN MADANI PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA

29.7.2024 | Kuala Lipis – Perhimpunan Madani Penjawat Awam Negeri Pahang Bersama YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, YB Timbalan Menteri Sumber Manusia dan YBHG. Dato’ Dr. Hj. Adnan bin Mat, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja – Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah (SAS), Kuala Lipis, Pahang di bawah anjuran CUEPACS Pahang.

Dalam program ini PACSU Cawangan Pahang telah menghantar seramai 37 Ahli terdiri daripada Pegawai Awam termasuk yang bukan ahli.

Dalam majlis ini juga telah diadakan sumbangan Bakul Rahmah kepada 2 orang ahli PACSU yang telah ditimpa musibah. Terima kasih kepada CUEPACS Pahang dan PACSU Pahang.

#PerjuanganTanpaHenti

#BersatuMembantuBersamaPACSU

 

,