SUMBANGAN KEBAJIKAN KE ATAS ANAK PEGAWAI AWAM BAHAGIAN PENGURUSAN IPD MELAKA TENGAH

Bandar Hilir, Melaka, 25 Julai 2024 – Sumbangan ke atas anak ahli PACSU Melaka Puan Norhamiza binti Gzali bertugas di Cawangan Hal Ehwal Awam (HEA), Bahagian Pengurusan, IPD Melaka Tengah telah diserahkan oleh Sdri Hasnida binti Dorani (AJK), Sdri Chua Gim Hien (AJK) dan Sdri Anita binti Thani (Wakil MT).

Anak beliau telah dimasukkan ke Hospital Besar Melaka pada 19hb Julai 2023 kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Anak beliau telah mengalami retak pada tengkorak kepala dan cedera di bahagian tangan. Pada 21hb Julai 2024 anak beliau telah dibenarkan pulang ke rumah.

Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas adik Muhammad Syazwan bin Mohamad Asri sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.

IMG-20240725-WA0024

,