SESI PERJUMPAAN BARISAN KEPIMPINAN PACSU CAWANGAN MELAKA BERSAMA YDH TIMBALAN KETUA POLIS MELAKA

Bukit Beruang, Melaka, 25 Julai 2024 – Satu sesi perjumpaan Barisan Kepimpinan PACSU Cawangan Melaka terdiri daripada Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Sdri Fariyantiyy binti Abharim (Setiausaha) dan Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari) PACSU Cawangan Melaka bersama YDH SAC Md Nazri bin Nawawi (Timbalan Ketua Polis Melaka) telah diadakan di Bilik Taklimat KP Melaka di IPK Melaka. Turut hadir YDH Supt Aniesa Hanum binti Ahamad (Ketua Jabatan Pengurusan) dan 9 AJK PACSU Cawangan Melaka.

Dalam perjumpaan tersebut, banyak perkara telah dibincangkan. YDH SAC Md Nazri bin Nawawi telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada barisan kepimpinan yang baharu untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang dalam usaha menjaga kebajikan dan permasalahan pegawai awam kontinjen Melaka khususnya seterusnya dapat memantapkan lagi perkhidmatan dan kredibiliti pegawai awam kontinjen Melaka.

YDH SAC Md Nazri bin Nawawi telah mencadangkan PACSU Cawangan Melaka untuk mengadakan aktiviti yang bermanfaat untuk ahli.

IMG-20240725-WA0037 IMG-20240725-WA0035 IMG-20240725-WA0029 IMG-20240725-WA0026

,