24 Julai 2024, Rabu, IPD Alor Gajah – Satu sesi ramah-mesra antara Barisan Tertinggi AJK PACSU Cawangan Melaka kepada Ahli PACSU di Daerah Alor Gajah telah diadakan di Sekitar Pejabat IPD Alor Gajah. Sdra Nor Hazwan Mohamad Rafidzi, selaku Pengerusi PACSU Cawangan Melaka telah mengetuai sesi ramah-mesra tersebut.
Turut hadir bersama Sdri Fariyantiyy Abharim (Setiausaha), Sdri Haslinda Yusman (Bendahari), Sdra Mohd Haris Bin Mohamad Zahidi, Sdra Mat yusme Bin Mat Yusof, Sdri Nik Asmah Binti Nik Ibrahim, Ahli Jawatankuasa PACSU Kontinjen Melaka.
Tujuan utama sesi ramah-mesra ini diadakan bagi memperkenalkan Barisan Tertinggi AJK PACSU Cawangan Melaka dan mengenali ahli PACSU di Daerah Alor Gajah dengan lebih baik lagi. Semoga sesi ini dapat mengeratkan lagi hubungan yang baik antara AJK dan ahli PACSU Cawangan Melaka.