LAPORAN PROGRAM TRANSFORMASI TENAGA KERJA MELALUI LATIHAN, PRODUKTIVITI DAN UPAH ZON SELATAN TAHUN 2024

Melaka Tengah, 18 Julai 2024 – Program Transformasi Tenaga Kerja Melalui Latihan, Produktiviti dan Upah Zon Selatan Tahun 2024 anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Zon Selatan telah diadakan di Grand swiss-belhotel, Jalan Hang Tuah, Melaka. PACSU Cawangan Melaka menerima baik jemputan dan menghantar dua orang wakil iaitu Sdra Nor Hazwan bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi) dan Sdra Khairul Anuar bin Jani (AJK) bagi menghadiri program tersebut.

Program dirasmikan oleh Ybrs Tuan Haji Mohd Asri Bin Abdul Wahab (Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia). Sebanyak 63 kesatuan telah menghantar wakil masing-masing bagi menjayakan program. Antara intipati program adalah fungsi kesatuan sekerja, pelaksanaan gaji minimum & model gaji progresif. Semoga program bermanfaat ini akan diteruskan pada masa akan datang.

IMG_20240718_081908_1 IMG_20240718_111729

,