MESYUARAT AGONG PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN YANG KE-73 DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA BAGI SESI 2024 – 2027.

Negeri Sembilan, 2 Julai 2024 – Bertempat di Dewan Utama, Tingkat 9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah diadakan Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Negeri Sembilan Kali ke 73 Tahun 2024 Dan Pemilihan Jawatankuasa bagi Sesi 2024-2027.

Seramai 130 orang Ahli telah menghadiri mesyuarat Agung Kali ini. Perasmian Mesyuarat Agung telah di dirasmikan Oleh ACP Mohd Zawawi bin Abdullah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Negeri Sembilan. Majlis juga dihadiri Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Wakil Komandan POLAPOL Air Hitam, Presiden PACSU Malaysia, Pengerusi CUEPACS NS, Penolong Setiausaha CUEPACS NS, Setiausaha Agung PACSU Malaysia, Bendahari Agung PACSU Malaysia dan Pegawai Kanan Polis.

Pemilihan Jawatankuasa bagi Sesi 2024-2027 berjalan dengan lancar dan Sdri Marinee binti Mohamad Masih kekal sebagai Pengerusi PACSU Negeri Sembilan serta Sdri Eva Juahana bt Mohamed Alias  kekal sebagai Setiausaha PACSU Cawangan Negeri Sembilan dan Sdri Aima Kamaliah bt Idris memenangi jawatan Bendahari PACSU Negeri Sembilan. Terima Kasih dan Tahniah kepada semua.

,