MAJLIS PERJUMPAAN KETUA POLIS PERAK BERSAMA PEGAWAI AWAM KONTINJEN PERAK

Ipoh, 03/07/2024 – Bertempat di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak, Ipoh telah berlangsung Majlis Perjumpaan YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Ketua Polis Perak bersama  Pegawai-pegawai Awam Kontinjen Perak.

Majlis ini diadakan bagi memberi ruang kepada Ketua Polis Perak untuk menzahirkan ucapan terima kasih dan menyampaikan amanat beliau kepada Pegawai-pegawai Awam Kontinjen Perak sebelum menjalani pertukaran ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Turut hadir, YDH SAC Luqman bin Abdul Rahman, Pemangku Timbalan Ketua Polis Perak, YDH SAC Hishammuddin bin Mohd Amin, Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, YDH SAC Ng Kong Soon, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Perak, YDH ACP Shafa’aton binti Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengurusan Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Awam Kontinjen Perak.

,