PERLAWANAN PERSAHABATAN INDOOR GAMES PACSU MELAKA VS PEJABAT TANAH DAN GALIAN MELAKA

MELAKA, 28 Jun 2024 – Ahli PACSU Melaka bersama warga Pejabat Tanah dan Galian Melaka telah mengadakan perlawanan persahabatan bagi sukan Indoor Games bertempat di Dewan Zamrud, Pejabat Tanah dan Galian Melaka.

Penyertaan terdiri daripada Ust Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Fariyantiyy Binti Abharim (Setiausaha), Haslinda Binti Yusman (Bendahari), dan 16 Ahli PACSU Melaka. Perlawanan tersebut melibatkan sukan karom, batu seremban dan congkak.

Jutaan terima kasih dan ucapan penghargaan kepada pihak penganjur Pejabat Tanah dan Galian Melaka bagi menjayakan program tersebut.

Perlawanan Persahabatan tersebut telah mengeratkan silaturrahim di kalangan semua ahli PACSU Melaka dan warga Pejabat Tanah dan Galian Melaka.

IMG-20240628-WA0061

,