Peringgit, Melaka, 24 Jun 2024 – Satu lawatan kebajikan ke atas anak ahli PACSU Melaka Sdri Norfitri Roselind Binti Serti bertugas di JSJ, IPK Melaka, di Hospital Besar Melaka oleh Sdri Haslinda Binti Yusman (Bendahari) dan Sdri Mastura Binti Omar (Wakil JSJ).
Anak beliau telah mengalami muntah-muntah lebih dari 3 hari, demam serta batuk-batuk. Ibunya terus bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Anak beliau berumur 1 tahun 3 bulan.
Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas adik Mohamad Ayden Mikael sihat walafiat dan disembuhkan dari segala penyakit.