KUTHBAH JUMAAT

MELAKA, 7 Jun 2024 – Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Raimi Bin Zainal selaku Pegawai Hal Ehwal Agama Islam IPK Melaka merangkap AJK Biro Agama PACSU Cawangan Melaka dengan tajuk ”Rindu Melihat Kaabah Hadir Lagi”.
Jemaah terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam PDRM Melaka serta ahli keluarga yang tinggal di Berek Polis Temenggung.
Inti pati khutbah pada hari ini adalah berkisarkan tentang ibadah fardhu haji dan menyuntik semangat para jemaah untuk berazam bagi menyimpan cita-cita untuk ke tanah suci bagi menunaikan ibadah fardhu haji.
Semoga apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Raimi akan dapat dijadikan panduan dan meningkatkan ilmu pengetahuan semua.
447984957_122109893372333742_5430913406631965598_n
,