BACAAN YAASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN WARGA PACSU MELAKA

Melaka, 6 Jun 2024 – Majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat peringkat PACSU IPK Melaka telah diadakan melalui aplikasi ‘Google Meet’. Ia bertujuan mendoakan kesejahteraan warga PACSU Melaka khususnya serta ahli keluarga dari sebarang musibah dan sakit, mendoakan roh-roh arwah yang telah meninggal dunia serta mendoakan agar dipermudahkan urusan barisan kepimpinan baru PACSU bagi sesi 2024-2027 agar dapat mengemudi PACSU Melaka dengan lebih baik dan cemerlang.

Kehadiran program tersebut adalah dari kalangan ahli-ahli PACSU Caw. Melaka. Mudah-mudahan dengan usaha sekecil ini dapat menjadi penyunting semangat buat semua ke atas tiga konsep utama iaitu doa,usaha dan tawakal. Mudah-mudahan perkara yang diniatkan dimakbulkan oleh Allah SWT.

WhatsApp Image 2024-06-06 at 20.35.19_ffa7256a

,