LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PACSU CAWANGAN KELANTAN

KOTA BHARU– Pada hari ini Rabu 29.05.2024, satu lawatan kebajikan telah diadakan kepada ahli PACSU PF/ A 2511 Faridah binti Yusof (46 Tahun) di rumahnya alamat Kampung Chicha Menyabong, Sering, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Bendahari PACSU Cawangan Kelantan bersama dua (2) orang wakil ahli PACSU negeri terlibat dalam lawatan ini.

Pegawai awam ini bertugas di Bahagian Pengurusan, IPD Kota Bharu, Kelantan. Beliau menghidap penyakit darah rendah dan telah dimasukkan ke wad Mawar katil 20 pada 23.05.2024 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan. Kini telah berada di rumah dalam keadaan stabil.

Harapan semoga Puan Faridah cepat sembuh seperti sediakala. Aamiin.

 

HoneyDEW

PACSU Cawangan Kelantan

#PDRMKelantanCemerlangCLASS

 

WhatsApp Image 2024-05-29 at 04.26.38 (1) WhatsApp Image 2024-05-29 at 04.26.38 WhatsApp Image 2024-05-29 at 04.26.38 (1)

 

 

 

 

 

,