KEJOHANAN TEN PIN BOLING PIALA PACSU NEGERI SEMBILAN

Seremban – 30 April 2024, PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Kejohanan Ten Pin Boling Piala Pengerusi PACSU Negeri Sembilan bagi tahun 2024 yang diadakan di Pusat Boling OLE-OLE Mydin Seremban 2 dengan disertai seramai 100 orang ahli PACSU Negeri Sembilan. Pertandingan berjalan dengan lancar dan Piala Pusingan telah dimenangi oleh pasukan dari Jabatan Pengurusan IPK Negeri Sembilan selaku Juara Pertandingan berkumpulan. Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli dan memilih pemain terbaik untuk ke Pertandingan Boling Piala Presiden PACSU Malaysia yang akan diadakan pada 16 MEI 2024 di Pulau Pinang.  Tahniah dan syabas diucapakn kepada semua pemegang.

 

 

 

 

 

 

,