PROGRAM IJTIMAK MADANI ULAMA DAN UMARA TAHUN 2024

KELANTAN – Program Ijtimak Madani Ulama dan Umara Tahun 2024 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah diadakan pada hari Selasa, 23 April 2024 bertempat di Dewan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi telah dihadiri oleh Setiausaha, Bendahari dan AJK PACSU Cawangan Kelantan sebagai memenuhi jemputan daripada penganjur.

Majlis dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ). Tentatif program termasuk 3 sesi ceramah serta diakhiri dengan sesi Bacaan dan Penyerahan Resolusi Ijtimak dan ditutup dengan Selawat keatas Junjungan Mulia Nabi Muhammmad S.A.W.

Program yang diadakan pada hari ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan dan kefahaman berhubung kaedah dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas berdakwah selaras dengan dasar Malaysia Madani yang telah digariskan.

 

 

 

Laporan disediakan oleh,
En. Mohd Zainun bin Mohd Razak
Setiausaha
PACSU Cawangan Kelantan

Editor,
HoneyDew
PACSU Cawangan Kelantan
#PDRMKelantanCemerlangCLASS

 

 

 

 

,