KUALA LUMPUR, 27 Januari 2024 – Mesyuarat Ahli Jawantankuasa Wanita CUEPACS Bil.4 telah diadakan di Wisma CUEPACS,Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Presiden CUEPACS,Tuan Haji Adnan bin Mat dan juga penyerahan Sijil Perlantikan Ahli Jawatankuasa Wanita Sesi 2022-2025 kepada wakil pertama setiap kesatuan di bawah CUEPACS.Wakil Pertama daripada Kesatuan PACSU ialah Saudari Nordalilah binti Ismail.
Pada agenda hal-hal lain,seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Wanita CUEPACS telah dipilih untuk sesi War Room bagi perbincangan Sistem Saraan Baru Penjawat Awam Tahun 2024.Mesyuarat berjalan lancar seperti yang dirancang.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.58 tengahari.