KEBERANGKATAN YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS BINTI AL-MARHUM TENGKU ABDUL HAMID KE MAJLIS TADABBUR AL-QURAN DI MASJID AS-SALAM, PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN

Kelantan – 15/10/2023 (Ahad) Barisan Ahli Jawatankuasa bersama ahli PACSU Cawangan Kelantan bersama-sama dengan PERKEP Kontinjen Kelantan dan PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu telah menyertai Majlis Tadabbur Al-Quran di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan.

Majlis bermula sekitar jam 12.00 tengahari dengan keberangkatan tiba Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid. Seterusnya diikuti dengan Majlis Pengurniaan Anugerah Tokoh Keluarga Mithali, Pengurniaan Anugerah Pertandingan Tandas Terbaik, Pengurniaan Sumbangan Kepada Anak – Anak Yatim dan Ibu Tunggal, Pengurniaan Cenderahati dan seterusnya sesi bergambar bersama Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid.

Majlis Tadabbur Al-Quran dimulakan dengan Surah Al – Insyiqaq, Surah ke 84. Kemudiannya Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid berangkat ke ruang solat untuk menunaikan Solat Sunat Qabliyah dan diikuti dengan Solat Zohor seterusnya Solat Sunat Ba’diyyah.

Majlis berakhir jam 2.00 petang. Diharapkan majlis seperti ini dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli PACSU Cawangan Kelantan khasnya dan warga PDRM umumnya.

Didie Hj. Roslan

#bersatumembantubersamapacsu

#poliskelantan

#CLASS

 

,