SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KONTINJEN KELANTAN

Kelantan – 14/10/2023 (Sabtu) Ketua Polis Kelantan, YDH CP Dato’ Mohamad Zaki bin Hj. Harun telah merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kontinjen Kelantan bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, sekaligus menjadi tuan rumah untuk tahun ini. Sambutan ini juga turut diadakan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah melibatkan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan juga Pegawai Awam Polis merangkap ahli PACSU Cawangan Kelantan.

Sambutan telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sang Saka Biru. Untuk sesi memanaskan badan satu acara senamrobik telah dijalankan. Pelbagai acara telah diadakan bagi menjayakan sambutan pada kali ini. Permainan melibatkan Kategori Lelaki, Kategori Wanita dan Kategori Kanak-Kanak. Antara acara yang telah dipertandingkan antaranya Permainan Susun Selipar, Permainan Teng Teng, Permainan Bola Beracun, Permainan Sepak Bola Sambil Menutup Mata, Permainan Makan Biskut, Permainan Berebut Kerusi, Permainan Isi Air Dalam Botol dan Permainan Lari Dalam Guni. Kemeriahan sambutan ini turut diraikan bersama dengan keluarga warga PDRM.

Bagi sambutan yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, majlis berakhir sekitar jam 10 pagi dan seterusnya Ketua Polis Kelantan YDH CP Dato’ Mohamad Zaki bin Hj. Harun telah bergerak bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi ke Taman Botanical Gua Musang untuk sama-sama sekali lagi bersenamrobik bersama warga Gua Musang.

Kemeriahan sambutan dapat dilihat dari gambar-gambar yang dimuat naik. Diharapkan dengan adanya Sambutan Hari Sukan Negara ini dapat mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain dan menaikan semangat sukan dikalangan warga PDRM umumnya dan Ahli PACSU Cawangan Kelantan khasnya.

Majulah sukan untuk negara. Bersemangatlah Ahli PACSU untuk terus sama-sama mengorak langkah menuju ke puncak.

Dilla Hj. Roslan

#poliskelantan

#bersatumembantubersamapacsu

#CLASS

 

,