Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, kita diberikan kesempatan untuk sama-sama menyambut sambutan Hari Kebangasaan Malaysia Kali Ke 66 Tahun 2023 dengan lebih bersemangat dan resolusi yang lebih ampuh.
Tahun ini, kita meraikan sambutan kemerdekaan atas semangat perpaduan dengan tema, Malaysia Madani – “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.
Setinggi-tinggi penghargaan dan pujian diberikan kepada seluruh Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Semoga segala pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan, akan mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah SWT, Insya-Allah.
Di kesempatan ini, Presiden dan Pegawai Kanan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke 66 Tahun 2023.
Malaysia Madani – “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”
Semoga Sambutan Hari Kebangsaan kali ini disambut dengan iltizam yang kuat untuk kita terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penuh berintergriti. Semoga Allah memberkati segala usaha… Insya-Allah…
“Bersatu Membantu Bersama PACSU”